Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi UTeM. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian +062704491 atau e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1. Apakah maksud KPKA?
Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) kini merupakan gabungan dua (2) pejabat iaitu Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP) serta Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) yang berpayung di bawah Pejabat PNC (PPF). Mesyuarat Eksekutif Universiti Bil. 2/2020 pada 26 Februari 2020 telah meluluskan penstrukturan semula pejabat/pusat di bawah Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) [PNC (PPF)] berkuat kuasa bermula 1 Jun 2020.                                            
2. Di manakah KPKA beroperasi?
KPKA  kini beroperasi di Kampus Teknologi yang terletak kawasan perindustrian di Ayer Keroh dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), kira-kira 5 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh.
3. Apakah fungsi utama KPKA?
Fungsi Utama Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) adalah seperti berikut :
  • Memastikan keselamatan dan kesihatan semua warga yang berurusan dengan UTeM sentiasa terjamin.
  • Melaksanakan Pengurusan Tenaga.
  • Melaksanakan Pengurusan Air.
  • Melaksanakan Pengurusan Sisa Pepejal dan Bahan Buangan Terjadual.
  • Menjalin Kerjasama Universiti dengan Agensi Luar Mengenai Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau.
  • Melaksanakan Program Kesedaran dan Mempromosi Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau yang Lestari
 
4. KPKA mempunyai berapa bahagian?
KPKA mempunyai empat (4) bahagian iaitu :
  • Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Bahagian Pengurusan Tenaga
  • Bahagian Amalan Hijau .
  • Bahagian Pentadbiran
5. Bagaimana cara mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja? 
Mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja agak berbeza dengan mengurus aspek perniagaan lain. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) memerlukan komitmen pemunya perniagaan atau majikan untuk melakukan 3 langkah di bawah : 
  • Pernyataan Dasar KKP
  • Perancangan termasuk pelaksanaan HIRARC, latihan, arahan dan audit
  • Tindakan pembaikan
6. Apa jenis penyataan dasar yang diperlukan bagi aspek keselamatan dan kesihatan?
Penyataan dasar keselamatan dan kesihatan adalah satu penyataan secara bertulis yang menyatakan dengan ringkas komitmen berikut :
  • Majikan untuk menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa bekerja melalui peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
  • Pihak pekerja untuk mematuhi prosedur kerja dan peraturan untuk memastikan keselamatan diri sendiri.
  • Ia perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh para pekerja.
7. Bagaimanakah majikan boleh mengurus aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja dengan mudah?

Majikan boleh mulakan dengan melakukan aktiviti mengenalpasti hazad/bahaya bagi semua proses kerja. Selepas itu, majikan perlu melakukan penaksiran bagi setiap risiko yang dikenalpasti dan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengawal risiko berkenaan. Proses ini dinamakan HIRARC.

8. Adakah saya mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan?
Ya. Semua "orang yang sedang bekerja" di dalam sektor Pengilangan; Perlombongan dan Penguarian; Pembinaan; Pertanian; Perhutanan dan Perikanan; Utiliti; Pengangkutan; Penyimpanan dan Komunikasi; Perdagangan Borong dan Runcit; Hotel dan Restoran; Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan Awam dan Berkanun diliputi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

9. Adakah pelajar IPTA boleh membuat Latihan Industri di KPKA ?
Ya, pelajar IPTA dari  mana-mana kolej boleh membuat Latihan Industri di KPKA.

10. Adakah KPKA menerima minyak masak terpakai ?
Ya, KPKA ada mengadakan penjualan minyak masak terpakai dengan insentif 1kg = rm1 anda juga boleh datang ke pejabat KPKA untuk menjual minyak masak terpakai.

Search