KATA ALUAN PENGARAH

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya ingin mengucapkan selamat melayari laman sesawang Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA). KPKA kini merupakan gabungan dua (2) pejabat iaitu Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP) serta Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) yang berpayung di bawah Pejabat PNC (PPF). Mesyuarat Eksekutif Universiti Bil. 2/2020 pada 26 Februari 2020 telah meluluskan penstrukturan semula pejabat/pusat di bawah Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) [PNC (PPF)] berkuat kuasa bermula 1 Jun 2020. Semoga laman ini menjadi tatapan pilihan warga UTeM khasnya dan seluruh pengunjung internet, di mana jua mereka berada.

KPKA mengambil inisiatif serta tanggungjawab penuh untuk menerapkan budaya kerja selamat dan cintakan alam sekitar bagi mencorak pembangunan kampus lestari. KPKA berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan pekerjaan dan kelestarian alam sekitar khasnya dalam kalangan warga UTeM melalui promosi, perkongsian dan penyebaran maklumat untuk mencorak pembangunan kampus lestari.

Laman ini memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan KPKA dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Turut dimuatkan ialah galeri foto, multimedia dan berita-berita terkini aktiviti amalan keselamatan pekerjaan dan kelestarian alam sekitar. Ianya akan diselenggara dan dikemaskini bagi menjamin kandungannya sentiasa relevan dan terkini.

Rahmat beraja berganda anjakan,
Pukalan bajau dipatrikan;
Keselamatan pekerjaan dibudayakan,
Amalan hijau dilestarikan.

Sekian, terima kasih.

Profesor Madya Ts. Juhari bin Ab Razak
Pengarah
Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan
Kelestarian Alam Sekitar
Profesor Madya Ts. Juhari bin Ab Razak
Profesor Madya Ts. Juhari bin Ab RazakPengarah

Search